Wednesday, October 7, 2009

KeUsAhAwAnAn Di JeLi






HANIDDAH ENTERPRISE

Pengusaha Haniddah Enterprise ini adalah pengusaha yang berjaya di Jeli, beliau telah merurus niaga selama 9 tahun bermula dari tahun 2000 hingga sekarang 2009. walaupun baru beberapa tahun beliau berniaga tetapi perniagaan beliau maju dan berjaya.. Ramai komuniti-komuniti di jeli yang pergi ke kedai beliau untuk membeli. Antara barang- barang berjenama yang dijual dikedai beliau adalah seperti RORINE, AVON, NUTRIMETICS, CAEL DEON, SATINI dan banyak lagi barang2 yang lain..boleh dikatakan kedai Serbaneka. Dengan adanya usahawan yang berjaya seperti baliau dapat kita jadikan tauladan untuk kita berusha dalam mencari pendapatan di jeli. Selain itu juga, dapat meningkatkan taraf ekonomi di jeli. Ini adalah gambar kedai beliau yang saya lampirkan...

Tuesday, October 6, 2009

Karnival Maxis JOM INTERNET!!! Di Jeli







Tarikh : 28 & 29 November 2008
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Jeli 1


Karnival Maxis yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jeli 1 baru - baru ini. Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk mendekatkan komuniti- komuniti di Jeli dalam dunia Global yang serba canggih dan masyarakat yang calik ICT. Sambutan masyarakat di Jeli amat memuaskan dan ramai yang datang berkunjung. Sehubungan dengan itu, kita juga dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kominiti di Jeli. Walaupun cuaca disini pada masa itu agak buruk tetapi tetap mendapat sambutan yang memuaskan dari komuniti setempat. Selain itu, Penyelia- penyelia PPIK di seluruh Kelantan juga turut hadir bagi menjayakan Karnival tersebut iaitu seperti PPIK Felda Chiku 1, PPIK Pasir mas, PPIK Kuala Krai, PPIK Pasir Puteh, PPIK Dabong, PPIK Tumpat dan PPIK Bachok. Banyak aktiviti- aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa pada hari itu, semuanya tergendala disebabkan cuaca yang agak buruk tetapi Training Komputer dapat diteruskan untuk komuniti mempelajari tentang IT..Jumlah peserta yang datang untuk Training komputer juga amat memuaskan aggaran seramai 120 orang.. disini saya lampirkan gambar semasa karnival tersebut..

Bengkel Teknik Bercerita Untuk Kanak-Kanak sempena BULAN MEMBACA DAN SASTERA NEGARA 2008








Tarikh : 10 - 11 Ogos 2008
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Jeli (PAC JELI)
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan telah mengadakan satu program iaitu Bengkel Teknik Bercerita Untuk Kanak- Kanak sempena BULAN MEMBACA DAN SASTERA NEGARA 2008, program tersebut telah di anjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan Dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Negeri Kelantan. Bengkel ini dibimbing oleh seorang wanita yang berasal dari Jepun,beliau adalah PUAN SAKUSA AMORI selaku Education Kanak- Kanak Organization. Baliau sangat peramah dengan staff kami disini.. Sehubungan dengan itu, kita dapat mengeratkan tali silaturrahin antara komuniti- komuniti di jeli. Bengkel ini telah memberi kesan yang fositif kepada guru- guru sekolah tadika bagi meningkatkan daya minat kanak- kanak dalam pelajaran.. Tidak ketinggalan juga staf- staf pustaka dan guru- guru yang di jemput turut menjayakan program ini..Disini saya lampirkan beberapa keping gambar dihari majlis tersebut....


Tuesday, September 1, 2009

MeMbUaT CaRtA OrGaNiSaSi PPIK





Disini ahli - ahli kelab PPIK yang perempuan ada juga aktiviti yang telah di buat, mereka juga telah menghasilkan Carta Organisasi PPIK dan Ahli Kelab PPIK. Dengan kerjasama ahli-ahli komuniti kita dapat mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain. disini saya lampirkan gambar2 mereka menghasilkan carta tersebut....

Monday, June 15, 2009

GAMBAR BANER GOTONG ROYONG PPIK





PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI PPIK JELI








PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI PPIK JELI

Tarikh : 21 Mei 2009
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : PPIK JELI.

PPIK Jeli telah mengadakan gotong royong perdana yang dianjurkan oleh PPIK Jeli dengan kerjasama Majlis Daerah Jeli dan perpustakaan Awam Cawangan Jeli. Kami juga menjemput Jabatan- jabatan kerajaan yang lain seperti AADK,Bomba,Pejabat Tanah,Sekolah-sekolah yang ada di jeli dan penduduk- penduduk di sekitar jeli. Bagi perasmian program tersebut kami tidak lupa juga menjemput dif-dif VIP seperti DO Jeli,Pemuda UMNO Bahagian jeli,Ustaz Abdullah ADUN Ayer Lanas, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dan Kakitangan2 dan Perpustakaan Desa. Alhamdulillah,gotong royong yang kami adakan berjalan lancar dengan kerjasama pihak2 yang dijemput,dengan itu juga, kita dapat mengeratkan tali silatulrahim antara komuniti2 di jeli.

Tuesday, February 24, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN KELAB PPIK JELI KALI KE 2









Tarikh : 23 Februari 2009
Masa : 3.30 Petang
Tempat : PAC JELI

Mesyuarat ahli kelab PPIK kali ke 2 diadakan bagi membincangkan tentang Projek Keusahawanan di PPIK Jeli. Dengan itu, kita dapat mengenali bentuk keusahawanan di PPIK dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di komuniti jeli. Mesyuarat ini di dijalan oleh Pengerusi,Biro-biro dan AJK Kelab PPIK.

MESYUARAT PENUBUHAN KELAB PPIK JELI




Tarikh : 21 Januari 2009
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Blik Mesyuarat PAC JELI

Mesyuarat ini dijalankan buat kali pertama bagi perlantikan Carta Organisasi Kelab PPIK,
dengan penubuhan kelab ini kita dapat memperkembangkan lagi tentang ppik kepada masyarakat komuniti di jeli. Jumlah ahli kelab yang hadir pada mesyuarat lebih kurang 10 orang,yang di Pengerusikan oleh Abdullah bin Mah Hassan merangkap sebagai Pengerusi PPIK.


Monday, February 23, 2009

Aktiviti Kelab PPIK

Membuat Venn Diagram PPIK

Aktiviti yang dibuat di PPIK ialah seperti membuat Venn Diagram,
Ni ialah hasil kerjasama yang dibuat oleh ahli kelab PPIK.Disini kita dapat lihat dengan kerjasama dalam satu komuniti dapat menghasilkan sesuatu dengan cemerlang.














Tekun ahli-ahli kelab bekerjasama dalam aktiviti kelab PPIK











Bagi Kategori Dewasa Memasak - Puding



Terdapat 5 jenis Puding yang dihasilkan oleh peserta wanita dewasa iaitu:
  1. Puding Coklat
  2. Puding Koctails
  3. Puding Kastad
  4. Puding Riang Ria
  5. Puding Kek

Saturday, February 21, 2009

AKTIVITI DI PPIK

Program Galakan Membaca Peringkat Perpustakaan Cawangan Jeli

Tarikh : 15 Disember 2008
masa : 9.00 pagi
Tempat : PAC Jeli

Pada sebulan yang lepas ppik kami telah terlibat dengan Program Membaca yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan Awam Cawangan jeli,dengan kami menyertai kempen tersebut banyak pengalaman yang kami dapat. Dengan adanya kempen membaca ini,kita dpat mengeratkan tali silatulrahim antara komuniti jeli. Dengan itu juga,kite dapat menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
Selain itu juga, kempen membaca ini dapat memperkembangkan industri penerbitan buku...

Disini kami sertai gambar aktiviti-aktiviti yang dibuat dalam Program Galakan Membaca tersebut, pertandingan juga turut dibuat bagi memeriahkan lagi majlis itu adalah seperti berikut :
  • Pertandingan mewarna dan melukis bagi kategori kanak-kanak.
  • Pertandingan silangkata bagi kategori belia
  • Pertandingan memasak bagi kategori dewasa