Wednesday, October 7, 2009

KeUsAhAwAnAn Di JeLi






HANIDDAH ENTERPRISE

Pengusaha Haniddah Enterprise ini adalah pengusaha yang berjaya di Jeli, beliau telah merurus niaga selama 9 tahun bermula dari tahun 2000 hingga sekarang 2009. walaupun baru beberapa tahun beliau berniaga tetapi perniagaan beliau maju dan berjaya.. Ramai komuniti-komuniti di jeli yang pergi ke kedai beliau untuk membeli. Antara barang- barang berjenama yang dijual dikedai beliau adalah seperti RORINE, AVON, NUTRIMETICS, CAEL DEON, SATINI dan banyak lagi barang2 yang lain..boleh dikatakan kedai Serbaneka. Dengan adanya usahawan yang berjaya seperti baliau dapat kita jadikan tauladan untuk kita berusha dalam mencari pendapatan di jeli. Selain itu juga, dapat meningkatkan taraf ekonomi di jeli. Ini adalah gambar kedai beliau yang saya lampirkan...

Tuesday, October 6, 2009

Karnival Maxis JOM INTERNET!!! Di Jeli







Tarikh : 28 & 29 November 2008
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Jeli 1


Karnival Maxis yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jeli 1 baru - baru ini. Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk mendekatkan komuniti- komuniti di Jeli dalam dunia Global yang serba canggih dan masyarakat yang calik ICT. Sambutan masyarakat di Jeli amat memuaskan dan ramai yang datang berkunjung. Sehubungan dengan itu, kita juga dapat mengeratkan tali silaturrahim antara kominiti di Jeli. Walaupun cuaca disini pada masa itu agak buruk tetapi tetap mendapat sambutan yang memuaskan dari komuniti setempat. Selain itu, Penyelia- penyelia PPIK di seluruh Kelantan juga turut hadir bagi menjayakan Karnival tersebut iaitu seperti PPIK Felda Chiku 1, PPIK Pasir mas, PPIK Kuala Krai, PPIK Pasir Puteh, PPIK Dabong, PPIK Tumpat dan PPIK Bachok. Banyak aktiviti- aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa pada hari itu, semuanya tergendala disebabkan cuaca yang agak buruk tetapi Training Komputer dapat diteruskan untuk komuniti mempelajari tentang IT..Jumlah peserta yang datang untuk Training komputer juga amat memuaskan aggaran seramai 120 orang.. disini saya lampirkan gambar semasa karnival tersebut..

Bengkel Teknik Bercerita Untuk Kanak-Kanak sempena BULAN MEMBACA DAN SASTERA NEGARA 2008








Tarikh : 10 - 11 Ogos 2008
Masa : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Jeli (PAC JELI)
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan telah mengadakan satu program iaitu Bengkel Teknik Bercerita Untuk Kanak- Kanak sempena BULAN MEMBACA DAN SASTERA NEGARA 2008, program tersebut telah di anjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan Dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Negeri Kelantan. Bengkel ini dibimbing oleh seorang wanita yang berasal dari Jepun,beliau adalah PUAN SAKUSA AMORI selaku Education Kanak- Kanak Organization. Baliau sangat peramah dengan staff kami disini.. Sehubungan dengan itu, kita dapat mengeratkan tali silaturrahin antara komuniti- komuniti di jeli. Bengkel ini telah memberi kesan yang fositif kepada guru- guru sekolah tadika bagi meningkatkan daya minat kanak- kanak dalam pelajaran.. Tidak ketinggalan juga staf- staf pustaka dan guru- guru yang di jemput turut menjayakan program ini..Disini saya lampirkan beberapa keping gambar dihari majlis tersebut....


Tuesday, September 1, 2009

MeMbUaT CaRtA OrGaNiSaSi PPIK





Disini ahli - ahli kelab PPIK yang perempuan ada juga aktiviti yang telah di buat, mereka juga telah menghasilkan Carta Organisasi PPIK dan Ahli Kelab PPIK. Dengan kerjasama ahli-ahli komuniti kita dapat mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain. disini saya lampirkan gambar2 mereka menghasilkan carta tersebut....

Monday, June 15, 2009

GAMBAR BANER GOTONG ROYONG PPIK





PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI PPIK JELI








PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA DI PPIK JELI

Tarikh : 21 Mei 2009
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : PPIK JELI.

PPIK Jeli telah mengadakan gotong royong perdana yang dianjurkan oleh PPIK Jeli dengan kerjasama Majlis Daerah Jeli dan perpustakaan Awam Cawangan Jeli. Kami juga menjemput Jabatan- jabatan kerajaan yang lain seperti AADK,Bomba,Pejabat Tanah,Sekolah-sekolah yang ada di jeli dan penduduk- penduduk di sekitar jeli. Bagi perasmian program tersebut kami tidak lupa juga menjemput dif-dif VIP seperti DO Jeli,Pemuda UMNO Bahagian jeli,Ustaz Abdullah ADUN Ayer Lanas, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dan Kakitangan2 dan Perpustakaan Desa. Alhamdulillah,gotong royong yang kami adakan berjalan lancar dengan kerjasama pihak2 yang dijemput,dengan itu juga, kita dapat mengeratkan tali silatulrahim antara komuniti2 di jeli.